Saturday 2 April 2011

MARI BERDANSA

TARIAN TRADISIONAL




    Melayu adalah kaum utama di Malaysia. Bangsa Melayu telah lama wujud di sini sejak sekitar 3000 tahun sebelum Masehi.Terdapat banyak tarian Melayu, dari tarian Melayu asli hingga ke tarian Melayu yang dipengaruhi (tarian Melayu dari negara lain seperti Indonesia dan Brunei) dari negara-negara lain (seperti India dan Arab) tetapi telah diadaptasikan ke dalam budaya Melayu.
 Apabila kita menyebut tarian tradisional Melayu, semua orang menyangkakan bahawa semua jenis tarian adalah di bawah satu kategori yang sama. Tetapi tau tak sebenarnya tarian tradisional Melayu terbahagi kepada tiga kategori iaitu tarian istana, dramatari, tarian moden dan tarian rakyat.



 ASYIK






  

Tarian ini adalah merupakan tarian istana diraja Kelantan. Ia bermula di Pattani pada 1644 berikutan kehilangan burung kesayangan permaisuri. Dayang-dayang baginda mencipta tarian ini untuk menghiburkan hatinya yang sedang berdukacita. 
Asyik bermaksud kekasih yang juga merupakan nama burung tersebut. Tarian ini dimulakan dengan 10 orang dayang yang berpakaian cantik, duduk dengan sopan sambil menunggu primadona tarian muncul. Bila dia tiba,tarian ini dimulakan dengan pergerakan dan lenggok badan yang lembut (susah tau!). 
Pada hari ini, tarian ini dipersembahkan semasa upacara rasmi dan festival. Ia juga turut dipersembahkan di majlis-majlis perkahwinan di istana Melayu. 



 GAMELAN

 




Tarian klasik ini bermula di istana di Riau dan Linga pada kurun ke 17. Ia pertama kali dipersembahkan di Pahang pada tahun 1811 ketika berlangsungnya majlis perkahwinan Tengku Hussain (anak Sultan Abdul Rahman) dengan Wan Esah (adik Bendahara Ali).
   Tarian ini kemudiannya berpindah ke istana Terengganu apabila Tengku Mariam (puteri Sultan Pahang) berkahwin dengan Tengku Sulaiman (putera Tengku Zainal Abidin).
  Mengikut dakwaan Tangku Mariam, sebenarnya terdapat 77 gamelan tetapi pada hari ini hanya ada 33 orang penari sahaja yang terlibat yang merangkumi Timang Burung, Ayak-ayak, Lambang Sari, Ketam Renjung, Geliung, Lantai Lima, Kending Gajah, Togok Rompin, Kunang-kunang Mabuk, Galuk Merajuk, Silatin, Lolo and Monab.
  Tarian ini dipersembahkan oleh penari-penari perempuan sahaja dan terdapat unsur-unsur Jawa pada pakaian para penari




MAK YONG


   Mak Yong adalah sebuah dramatari, 1 cabang seni teater yang menggabungkan tarian, opera, drama dan komedi. Ia dipercayai berasal dari Kelantan beberapa abad nan lalu sebagai persembahan di istana yang popular. Ia merupakan 1 teater etnik yang unik iaitu dalam bentuk yang tidak terdapat dalam teater barat.
   Tari yang paling penting yang dipersembahkan dalam Mak Yong ialah Mengadap Rebab yang mengambil masa dalam 10-15 minit dan dipersembahkan di setiap permulaan persembahan. Ia dibahagikan kepada 6 seksyen iaitu menama, duduk, melutut, mencangkung, berdiri dan berjalan.
   Semua watak dalam Mak Yong adalah perempuan kecuali 3 lelaki penari utama yang dipanggil Mak Yong, yang membuatkan cerita yang selalunya berkisar tentang putera dan puteri lagenda dari cerita dongeng orang dulu-dulu. Ada 16 pelakon dan diiringi oleh muzik tradisional yang terdiri daripada gong, dram dan rebab.

ASLI




  
Tarian ini adalah berdasarkan lagu Melayu asli seperti Makan Sireh, Gunung Banang dan Sapu Tangan, Asli Selendang, Bentan Telani dan Asli Abadi.
   Dalam tarian Tepak Sireh contohnya, semua penari memakai pakaian Melayu dan membawa set tepak sireh di atas pentas sambil membuat pergerakan yang lemah gemalai mengikut irama asli (bukannya senang tu!).
   Tarian ini popular di seluruh Malaysia terutamanya di semenanjung. Tarian ini merangkumi pergerakan yang perlahan, berterusan dan lemah lembut dan menghampiri tarian Asyik tetapi bunga tarinya lebih mudah.

INANG



Tarian Inang adalah versi moden bagi tarian tradisional rakyat iaitu Mak Inang. Ia sering dipersembahkan di majlis-majlis sosial. Tarian ini ditarikan mengikut laju tempo rebana, biola dan gendang. Semasa menari, para penari melambaikan sapu tangan yang berwarna-warni.


JOGET




  Joget merupakan tarian yang paling popular di seluruh tanahair Malaysia. Ia sering dipersembahkan di festival kesenian, upacara perkahwinan dan majlis-majlis keramaian. Tarian joget merupakan tarian kacukan Portugis yang dibawa ke   Melaka semasa zaman perdagangan rempah.
  Joget dipersembahkan oleh beberapa pasangan penari dengan pergerakkan kaki dan tangan yang lincah. Ini berikutan tempo lagu joget yang selalunya laju. Di Melaka, joget dikenali sebagai Chakunchak



MASRI





    Masri merupakan tarian Melayu moden yang mempunyai pengaruh dari negara Timur Tengah dari segi pergerakkan, pakaian dan muzik iringan.
Tarian ini biasanya dipersembahkan oleh para penari perempuan. Adakalanya, para penari akan menari sambil memegang kerincing dan membunyikannya. Masri ini dipanggil Masri Kerincing


AYAM DIDIK






  Tarian ini menggambarkan pergerakan ayam jantan yang sedang bersabung (yang dulunya menjadi hobi orang kampung). Tarian ini dikatakan dicipta oleh sekumpulan penari dari Kangar, Perlis.
   Bagi tarian ini, lagu Ayam Didik akan dimainkan bagi mengiringi tarian. Antara alatan muzik yang digunakan ialah biola, gendang dan calempong.




BORONGAN



Seperti tarian Kuda Kepang, Barongan juga salah satu tarian yang memuja Barongan iaitu sejenis makhluk penunggu yang mempunyai pelbagai wajah.
   Ada banyak jenis Barongan seperti gabungan harimau dan merak.Mengikut 1 kisah dongeng Barongan, ada seorang lelaki yang suka mengejek pari-pari. Akibatnya, pari-pari tu marah dan menukarkan dia menjadi Barongan. Dia juga disumpah supaya sentiasa mengikut Kuda Kepang sampai bila-bila (kesian!).
  Mungkin sebab itulah, kadang-kadang persembahan Kuda Kepang selalunya diikuti dengan persembahan Barongan.



KUDA KEPANG



Kuda Kepang merupakan tarian yang berasal dari negeri Johor.Tarian ini
mengisahkan 9 orang lelaki berketurunan Jawa yang mengembangkan ajaran Islam di Jawa dengan menaiki kuda untuk menarik perhatian orang ramai.
  Kuda Kepang dipersembahkan oleh 9 orang penari yang mengepit replika kuda 2 dimensi yang diperbuat dari anyaman rotan.
  Tarian ini diiringi oleh muzik tradisional hasil gabungan gong, tamborin dan angklung



CANGGUNG


   Tarian ini popular di Perlis, iaitu sebuah negeri yang bersempadan dengan negara Thailand. Sebab itu, terdapat pengaruh kesenian Thailand di dalam tarian canggung. Di Thailand, canggung bermaksud penari.
  Tarian ini sering dipersembahkan sewaktu festival dan juga di upacara perkahwinan.
  Tarian ini dipersembahkan oleh beberapa pasangan penari dengan para penari perempuannya memegang sapu tangan. Para penari akan menyanyi sambil menari. Mereka menyanyikan pantun-pantun Melayu yang terkenal mengikut rentak dan irama muzik.
  Alat muzik yang mengiringi tarian canggung ialah gong, biola, dua buah rebana dan sebuah gendang ubi.


Tarian Zapin


Tarian Zapin (Jawi:زافين) merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman. Tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar seni tari di Nusantara iaitu di Semanjung Tanah Melayu, Borneo dan gugusan pulau yang sebanding yang mana bergiat aktif dari dulu hingga kini seperti di MalaysiaBruneiSingapura danIndonesia. Zapin telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya. Dengan itu tarian Zapin biasanya mempunyai pecahan tersendiri menurut tempat ia ditarikan, antaranya adalah:

  • Tarian Zapin Arab
  • Tarian Zapin Johor
  • Tarian Zapin Lenga
  • Tarian Zapin Pekan
  • Tarian Zapin Tenglu
Tarian Zapin mementingkan pergerakan berkumpulan dan bukannya usaha individu. Antara peralatan muzik yang mengiringi tarian Zapin adalah gambusrebanagendangrebab dan marakas. Biola tidak tergolong sebagai sejenis alat muzik tarian Zapin namun terdapat anggapan salah dalam kalangan rakyat. Ini disebabkan muzik yang dihasilkan rebab mempunyai persamaan dengan gesekan biola.

Tarian Zapin di Brunei


Manakala di Brunei, tarian Zapin pelbagai juga jenis dan ragamnya seperti rentak dan geraknya. Mengikut dari segi sebutan dialek orang Brunei, zapin lebih dikenali dengan panggilan "Jipin". Jika di Brunei, di antara zapin yang cukup digemari adalah:-
  • Zapin Laila Sembah (Jipin Laila Sembah)
  • Zapin Tar (Jipin Tar)
Dan mengikut dari segi asal-usul tarian zapin di Brunei, ia dipercayai pengaruh dari budayanya yang begitu sinonim dengan kedatangan pedagang bangsa Arab kepulauan Borneo yang tertumpu di Brunei. Tiada bukti sahih menceritakan, akan tetapi kedatangan pedagang Arab mampu mengubah seni budaya iaitu dari segi tarian. Di mana Sultan Sharif Ali, sultan Brunei ketiga juga merupakan berbangsa Arab dari Taif. Zapin berasal dari segi bahasa arab iaitu "Zafn" yang bermaksud pergerakan kaki cepat mengikut rentak pukulan. Tarian ini juga kadang-kadang ditarikan secara berlagu atau berzikir atau di Brunei iaitu berdikir atau berselawat ke atas Nabi.
Jika di Brunei, alat-alat muzik yang digunakan untuk membantu tarian Zapin ialah gambusrebanagendang tabur dan tar.

Asal tarian

Mengikut sejarah tarian Zapin, pada mulanya tarian ini adalah sebagai tarian hiburan di istana setelah dibawa dari Hadramaut, Yaman oleh para pedagang Arab pada awal abad ke-16. Pada masa itu negeri Johor menjadi pengganti kepada peranan Melaka sebagai sebuah entrepot antarabangsa pada kurun ke-16.
Tarian zapin ini kemudiannya merebak ke negeri-negeri sekitar Johor seperti di Riau, iaitu pusat pemerintahan Johor lama, Singapura, wilayah Sarawak, dan Brunei Darussalam. 


Tarian Kathak


Tarian Kathak merupakan salah satu lagi tarian klasikal India yang berasal dari utara India. Perkataan Kathak berasal dari perkataan India Katha yang bermaksud 'seni bercerita'.
Dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi menghambakan diri kepada dewa-dewa Hindu, Kathak berkembang ke istana-istana pemerintah.

Pengaruh budaya Indo-Muslim

Pada kurun ke 11 dan 12, diwaktu pemerintahan era Mogul di India persembahan tarian Kathak telah berpindah dari kuil ke istana - istana Mogul. Seni tarian Kathak ketika itu juga telah dicampuri tarian budaya Turki dan Parsi.Ketika era inilah teknik chakkar (pusing) dipekenalkan. Dipecayai dipengaruhi dari Tarian Sufi dari Turki.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...