Tuesday, 5 April 2011

LAZATNYA.....yuUUMMMmmy

Makanan popular di negeri Sabah


Hinava atau Hinava Ginapan merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah, dan boleh dikatakan sebagai merupakan makanan yang paling popular di kalangan kaum Kadazan-Dusun.Ia merupakan hidangan yang dihasilkan daripada isi ikan segar yang dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah,halia, bawang merah , limau kapas dan garam.Isi ikan tersebut tidak perlu dimasak kerana ia akan masak dengan menggunakan perahan jus limau samada menggunakan limau nipis ataupun limau kasturi (menyerupai shushi).Terdapat pelbagai jenis ikan yang boleh digunakan, tetapi biasanya isi ikan tenggiri, sungguhpun isi ikan yu juga boleh digunakan. Selain itu, isi sotong atau udang juga boleh digunakan bagi penyediaan Hinava ini.Hivana biasanya merupakan hidangan istimewa semasa Tadau Kaamatan (Pesta Keamatan). Selain itu ia juga menjadi hidangan istimewa pada majlis-majlis penting lain seperti bagi perkahwinan, pertunangan dll.
Noonsom, terdapat beberapa jenis Noonsom dalam masakan Kadazandusun, antara yang paling popular ialah Noonsom Sada (Ikan), Noonsom Bambangan (buah) dan Noonsom Tuhau (ulam). Noonsom Sada - Ikan yang digunakan ialah jenis ikan air tawar, dibersihkan dan dijeruk menggunakan isi buah Pangi (ditumbuk), nasi dan garam.Kesemua bahan tersebut akan dicampur dan diisi ke dalam bekas botol/tajau kecil dan biarkan selama sepuluh atau dua belas hari sebelum dihidangkan. Noonsom Bambangan - Isi Buah Bambangan dihiris dan dicampur dengan biji buah bambangan yang telah diparut dan sedikit garam. Apabila kesemua bahan dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol atau tajau kecil dan biarkan selama seminggu sebelum dimakan.Noonsom Tuhau - Isi Tuhau (sejenis tumbuhan) dihiris halus dan dijeruk dengan cuka, garam dan cili merah.Apabila kesemua bahan telah dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol dan biarkan beberapa minit sebelum dihidangkan.
Bosou atau juga dikenali sebagai Tonsom merupakan salah satu merupakan salah satu hidangan sampingan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan Dusun. Bosou merupakan makanan tradisi yang menyerupai pekasam atau 'jeruk'. Bagi suku kaum Ranau, ia dikenali sebagai 'tinamba'. Bosou biasanya dihasilkan dari ikan Kepayang ("Pangium edule") atau daripada daging mentah hasil perburuan.
Pinaasakan adalah sejenis hidangan tradisional istimewa. Ia merupakan sejenis hidangan yang dihasilkan dengan menggunakan isi ikan( ikan air tawar/ikan air laut ). Ikan akan dibersihkan dan dicampur dengan sedikit biji kunyit dan halia yang telah ditumbuk, sedikit biji asam jawa atau buah asam 'takob-bakob' , garam, serbuk perasa dan sedikit air. Kemudian ia akan dipanaskan sehingga mendidih sehingga air hampir kering.


Makanan Popular di Kedah


Kuih- muih ini semakin terpinggir namun demikian, kuih-muih tradisional ini masih terdapat di Pekan Rabu, Alor Setar. Walau bagaimanapun, ada juga kuih yang tiada di pekan contohnya, Kuih Gedung Chak. Mendengar namanya sahaja sudah cukup untuk membayangkan keunikan kuih tersebut. Gedung Chak merupakan sejenis kuih melayu masyarakat di Kedah.
Kuih ini terdapat banyak di Pekan Kuala Muda dan di Daerah Yan. Adunan daripada tepung pulut bersama kelapa parut berserta gula Melaka, dibalut dengan menggunakan daun nipah membawa rasa yang enak dan aroma yang wangi.
Makanan Popular di Melaka


Asam Pedas  memang terkenal di Melaka dan Johor. Sebut sahaja asam pedas semua orang tahu bahawa masakan itu sangat sedap dan popular di Negeri Melaka dan Johor. Resepi untuk membuatnya tidaklah terlalu rumit dan tidak pula terlalu mudah.Walau bagaimanapun terdapat juga kawasan-kawasan lain di negeri Melaka dan Johor ini mempunyai resepi asam pedas yang berlainan. Terpulang kepada citarasa masing-masing untuk menyedapkan lagi masakan mereka.Kebiasaannya bahan-bahan yang mesti ada ialah terdiri daripada ikan(kebiasaannya ikan parang,ikan tenggiri, ikan merah dan ikan terubuk),cili kering, bawang merah, bawang putih, belacan, halia, lengkuas,kunyit hidup (jika ingin menyedapkan lagi masakan), serai, daun kesum, bunga kantan, asam jawa, asam gelugur atau daun limau purut. Bahan-bahan ini hendaklah mengikut sukatan masakan.Kebiasaan masakan asam pedas bukan sahaja di hidangkan untuk keluarga di rumah malah masakan ini juga terdapat di kedai-kedai makan, restoran, juga di hotel-hotel yang terkemuka di negeri Melaka dan Johor. Ia bukan saja terkenal dan di sukai oleh penduduk negeri Melaka dan Johor sahaja bahkan pelancong dari dalam dan luar negara juga meminati masakan asam pedas ini.
Cencaluk ialah sejenis lauk dalam hidangan tradisional Melaka. Oleh sebab ia dibuat daripada udang halus yang lebih dikenali sebagaiudang geragau, cencaluk mengandungi kandungan protein yang tinggi.
Kebiasaannya, udang geragau ini sukar didapati. Di negeri Melaka, udang ini boleh didapati pada musim tertentu di Pantai Klebang,Limbongan, Tanjung Kling dan beberapa kawasan pesisiran pantai yang lain. Melaka bukan sahaja terkenal dengan kesan peninggalan sejarahnya yang menarik lagi unik, malah tidak ketinggalan juga dari segi makanannya yang amat lazat lagi menyelerakan. Apabila kita menyebut mengenai makanan yang terdapat di Melaka, pasti kita akan teringatkan cencaluk.Ia juga menjadi satu keperluan atau lauk semasa menikmati hidangan nasi dan ada juga yang menjadikan petai atau jering sebagai ulam semasa memakan.


Belacan merupakan sejenis bahan masakan yang diperbuat daripada udang kara yang dimampatkan dan tahan lama. Ia mempunyai bau yang kuat tetapi sedap dan berkhasiat dimakan. Terdapat sesetengah orang yang gemar membakarnya sedikit sebelum digunakan kerana ini membangkitkan baunya. Maupun begitu, sekiranya dibakar, belacan mengeluarkan bau yang sungguh kuat. Malah orang putih pernah menggelarkannya sebagai bau daging anjing panggang.Belacan juga merupakan salah satu bahan bagi menghasilkan sambal belacan, iaitu cili dan belacan yang ditumbuk lumat dengan menggunakan lesung tangan.
Dodol adalah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis (atau manisan/penganan). Dodol sangat terkenal diMelaka. Membuat dodol boleh dikatakan amat rumit. Ramai orang selalu mencuba untuk membuatnya. Tetapi tidak semua yang akan menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Jarang sekali generasi muda mahir membuat dodol. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa, tepung beras, gula pasir, gula melaka dan garam.


Tapai ialah sejenis penganan yang dibuat daripada pulut. Terdapat 2 jenis tapai iaitu tapai ubi dan tapai pulut. Biasanya tapai pulut lebih popular jika dibandingkan dengan tapai ubi. Tapai pulut rasanya lebih sedap kerana itulah tapai ubi tidak dapat menandingi tapai pulut. Tapai yang telah masak juga tidak boleh disimpan lama, masanya adalah lebih kurang dalam 2 hari sahaja dan kerana rasanya yang terlalu manis biasanya sesuai dimakan pada waktu tengah hari sebagai pencuci mulut, dan sekiranya mahu menambahkan lagi kesedapan tapai, tapai itu boleh dicampurkan dengan santan kelapa dan dimasukkan sedikit air.
Bak wan kepiting adalah sejenis makanan daripada masyarakat Baba dan Nyonya. Bak wan kepiting seakan-akan mirip seperti bakso yang terkenal di Indonesia.

Makanan Popular di Negeri Sembilan




Di antara makanan tradisional Negeri Sembilan yag terkenal ialah Rendang. Di dalam penyediaan rendang, terdapat beberapa jenis bahan yang boleh dibuat rendang. Bahan-bahan tersebut terdiri daripada daging, kerang, burung dan sebagainya. Rendang daging biasanya tidak dicampurkan dengan bahan-bahan sampingan. Namun begitu dalam keadaan tertentu, terdapat juga bahan-bahan seperti nangka, maman dan pucuk ubi.Rendang dimasak sehingga kering da tidak langsung berkuah (berderai). Jenis daging yang baik untuk membuat rendang ialah daging kerbau, ayam, itik, burung, pelanduk, napuh, kijang dan rusa kecuali daging lembu. Ini adalah kerana akan menjadi kurang cantik kerana sukar untuk kering di mana dagingnya mempunyai banyak air. Rendang yang dimasak dengan cara yang betul boleh disimpan lama seperti rendang kerbau di Rembau.Selain daging, belalang juga seda dibuat rendang. Biasanya selepas menuai padi, pesawah akan menangkap belalang yang hinggap di batang padi pada waktu malam. Belalang yang sering ditangkap adalah terdiri belalang sawah seperti belalang beras, belalng minyak dan belalang yang boleh dimakan. Rendang belalang dimasak sehingga belalang tersebut rangup atau mersik.
Gulai Lemak Cili Padi juga merupakan makanan yang sangat popular di Negeri Sembilan. Kebiasaannya udang dan ketam adalah antara bahan yang selalu digunakan untuk dimasak gulsi lemak ini.Rasanya pastinya pedas namun sangat enak.

Makanan Popular di Sarawak



Bubur Pedas Sarawak biasanya makanan ini banyak dijual apabila bulan Ramadhan. Makanan tradisi Melayu Sarawak. Laksa Sarawak, rasanya seperti kari dan dibuat dengan menggunakan bihun.  Kek Lapis Sarawak, kek Lapis Sarawak ini wajib ada di semua rumah di Sarawak ketika Hari Raya Aidilfitri. Makanan tradisi orang Iban dan Bidayuh iaitu Manok atau Ayam Pansuh. Makanan ini biasanya dimasak pada Hari Gawai. Umai merupakan makanan tradisi orang Melanau. Terdapat banyak lagi makanan popular di Sarawak seperti Linut atau dikenali dengan Ambuyat di Sabah dan Brunei, Mee Kolok dan Ulat Mulung atau Ulat Sagu.

Makanan Popular di negeri Perlis



Makanan laut sangat terkenal di persisiran pantai kuala Perlis. Makanan laut yang dihidangkan di sini semuanya berkeadaan segar.Pelbagai pilihan makanan disediakan untuk memenuhi selera pengunjung. Kebiasaanya makanan laut ini dinikmati pada waktu malam sambil ditiup bayu angin laut. Bagi penggemar makanan laut, Kuala Perlis dan Kuala Sungai Baru menjadi tumpuan. Kuala Perlis terkenal dengan ikan bakar, ketam dan sotong dalam pelbagai masakan pada harga yang berpatutan.

Makanan Popular di negeri Pahang



Asam rong atau asam rum merupakan makanan tradisional bagi masyarakat di daerah Jerantut,Pahang dan begitu popular di sekitar beberapa perkampungan di dalam daerah ini seperti di kawasan perkampungan kecil iaitu di Kampung Ulu Tembeling, Kampung Kuala Tembeling, Kampung Kuala Tahan dan sekitarnya. Kini asam rong mula dikenali hingga ke beberapa daerah dalam negeri Pahang yang lain seperti di Kuala Lipis, Maran, Raub dan Kuantan. Uniknya ialah asam rong ini diperbuat dari biji getah yang dikutip dari bawah pokok getah lalu diproses menjadi asam rong
Tempoyak diperbuat daripada isi durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan di simpan di dalam bekas tertutup untuk beberapa hari sebelum di makan sebagai tempoyak. Tempoyak biasanya tidak di makan begitu sahaja tetapi selalunya di buat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak. Tempoyak sangat popular di negeri Pahang dan Perak, malah di bandar Temerloh, Pahang sendiri gulai ikan patin masak tempoyak sangat popular.Tempoyak dikenal di Indonesia (terutama di Palembang, Sumatera dan Kalimantan).


Makanan Popular di negeri Kelantan dan Terengganu



Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal diMalaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol.Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis.
Laksam merupakan sejenis masakan daripada negeri Terengganu yang diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah. Biasanya adunan cair tepung beras ini akan disalut pada tudung periuk dan dimasak. Apabila mengeras, ia akan digulung menjadi panjang dan sedia untuk dihidangkan. Semasa dihidang, ia boleh dipotong-potong agar mudah menyerap kuah laksam.



Nasi Dagang merupakan hidangan istimewa yang terkenal di Terengganu dan Kelantan. Nasi dagang Terengganu biasanya diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut dan dimasak bersama-sama santan kelapa.
Solok lada  atau juga dikenali sebagai lada sumbat merupakan sejenis masakan tradisional Melayu. Masakan ini popular di negeriKelantan dan Terengganu dan merupakan hidangan istimewa di sana. Solok lada dibuat daripada lada hijau yang dibelah dan disumbat dengan inti yang diperbuat daripada kelapa parut, isi ikan, dan santan. Lauk ini biasanya dimakan bersama nasi kerabu.
Keropok lekor atau kerepok batang merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganuyang terkenal. Keropok diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepong kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas. Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotin tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi. Keropok lekor boleh dimakan segar sabaik sahaja diangkat dengan dicicah air lada (sos cili) yang pedas. Pada masa ini, pembuatan keropok lekor telah pun tersohor kebeberapa negeri lain.
Kuih nekbat merupakan sejenis kuih tradisional pembasuh mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan telur, yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Kuih nekbat biasanya disediakan dalam dua fasa. Pada fasa pertama, adunan tepung dibakar dan dimasak sehingga gebu seperti buahulu tetapi tawar dan lebih keras. Apabila ia kembang dan bertukar kekuningan ia sedia untuk digunakan. Nekbat yang telah dimasak akan disimpan kering atau dijual kepada pelanggan yang akan menyediakannya sebelum dihidangkan. Nekbat kering ini tahan lebih lama dan boleh disimpan di dalam peti sejuk.Pada fasa penyediaan akhir, nekbat ini akan disira dalam air gula yang dimasak dengan daun pandan dan cengkih bagi memberi bau wangi, dan dibiarkan jelira sebelum dihidangkan berkuah dengan air gula tersebut.

Kuih tahi itik merupakan sejenis kuih yang popular di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur dan disira panas dalam air gula. Ia dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik, menurut cita rasa pembuatnya.


Satar adalah makanan ringan yang diperbuat dari ikan. Ia merupakan masakan istimewa Terengganu. Ia adalah campuran ikan tumbuk, lada dan halia dibalut dalam daun pisang berbentuk 3 piramid. Setiap satu akan dicucuk seperti sate gergasi dengan batang buluh dan dipanggang atas bara api.

Makanan Popular di negeri Johor



Mi Bandung atau Mee Bandung adalah satu masakan dan makanan tradisional yang terkenal yang berasal dari Muar, Johor, Malaysia.Perkataan 'bandung' di dalam namanya berpunca daripada maksud perkataan tersebut yang bererti 'berganda' atau 'berkembar' atau 'berpasangan' di mana sesuatu bergandingan atau bercampuran dengan sesuatu yang lain. Umpamanya seperti 'Sirap Bandung' untuk minuman susu bergandingan dengan sirap berperisa ros ataupun 'Rumah Berbandung' untuk rumah berkembar (semi-D).Bagi Mee Bandung pula ia adalah masakan gandingan mi dan telur sahaja pada ketika dahulu ia digelar sedemikian, di samping ramuan campuran cili dan bawang tumisan bersama rempah ratus, belacan dan udang kering; sebelum ia kini ditambah dengan bahan tambahan seperti udang, daging, kuih ikan dan sayuran sekarang. Ia juga lebih gemar dan lazim dikenali sebagai Mee Bandung Muar yang telah menjadi makanan terkenal dan kegemaran di merata Malaysia meskipun adalah adalah diakui dan diketahui ramai Mee Bandung asli yang berasal dari Muar masih lagi yang terbaik dan tersedap untuk dijamah.
Martabak ialah sejenis makanan yang ada dijual di Malaysia, terutama popular di Johor. Martabak ada dua jenis iaitu martabak ayam dan daging. Di Indonesia, martabak disebut sebagai martabak telur.Di Kelantan terdapat hidangan martabak istimewa yang tebal dan mempunyai banyak inti yang dikenali sebagai Martabak Raja. Ia terkenal diseluruh Malaysia.Martabak ini merupakan martabak yang dihidangkan kepada keluarga DiRaja Kelantan ketika 1950-an, tetapi kini ia dijual kepada umum. Martabak ini terdiri daripada tiga lapisan segi empat sama dengan inti daging atau ayam.

Makanan Popular di Pulau Pinang


Laksa merupakan sejenis makanan berkuah seperti mi yang popular di Malaysia danSingapura. Ia dikatakan berasal dari orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Peranakan). Bagaimanapun setiap daerah mempunyai kuah khas yang dimakan bersama laksa memberikan nama yang tersendiri menurut di mana ia disediakan. Laksa Penang amat popular di Pulau Pinang di mana ia berasal.
Nasi kandar adakah satu hidangan utara Malaysia yang popular, dan berasal dari Pulau Pinang. Ia satu hidangan nasi kukus yang boleh tawar atau sedikit berperisa, dan disajikan dengan kepelbagaian kari dan hidangan sampingan.

Makanan sampingan yang turut popular di Malaysia


Air batu campur ataupun lebih terkenal sebagai ABC juga dikenali sebagai Ais Kacang di Pulau Pinang dan Singapura merupakan sejenis minuman yang diperbuat daripada ais yang dimesin dan dicampur dengan bahan-bahan seperti kacang, buahkabung, cendol, cincau, jagung, pemanis, seperti sirap dan sarsi serta air nisan.Ia menjadi pilihan utama bagi penggemar mahupun cuaca sejuk atau panas.
Apam balik atau juga dikenali sebagai apom balik, merupakan sejenis kuih tradisi Malaysia dan Singapura, sesuai dimakan pada waktu pagi dan petang secara bersantai. Ia merupakan sejenis kuih apam berkulit tebal yang dibakar dengan lapisan mentega dan ditaburi inti kacang dan jagung di atasnya dan kemudian dilipat dua. Apam balik sedap dimakan panas-panas.
Cincau sejenis makanan bak agar-agar yang dipergunakan di China dan Asia Tenggara sebagai pembasuh mulut serta juga dalam minuman. Dikatakan bersifat diuretik, cincau dijual dalam bentuk tin atau bungkusan di pusat-pusat membeli-belah di Asia.  Cincau dijadikan minuman panas yang likat atau minuman berais di Taiwan. Ia juga boleh dicampurkan dengan air kacang soya untuk menghasilkan sejenis minuman yang dikenali sebagai "Michael Jackson" di Asia Tenggara dan Oakland. Di Asia Tenggara, cincau juga dicampurkan ke dalam berbagai-bagai pembasuh mulut, seperti ais kacang dan cendol.
Karipap merupakan sejenis makanan yang popular di Malaysia, Thailand dan Singapura. Ia terdapat dalam pelbagai perasa, bergantung kepada inti di dalamnya. Bahan utama inti karipap ialah daging dan kentang. Ubi kentang sering digunakan sebagai inti karipap, adakalanya inti ubi keledek juga digunakan. Nama karipap boleh dikaitkan dengan inti tersebut, yang menggunakan serbuk kari sebagaibahan perasa. Adakalanya sekarang, inti karipap boleh digunakan dengan lada hitam. Isi ikan yang dibuat sebagai inti karipap, dikenali sebagai temosa.
Kuih bangkit merupakan sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung gandum dan tepung sagu.Kuih bangkit yang sedap akan larut di dalam mulut dan mempunyai rasa yang rangup sekiranya dikunyah. Rasanya yang manis menarik minat kanak-kanak.
Kuih cara merupakan sejenis kuih tradisi yang popular di Malaysia. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum yang digaul dengan tepung dan air daun pandan. Doh tersebut kemudiannya dicampurkan dengan santan dan dikacau agar tidak berketul. Kemudian ia dimasukkan kedalam acuan dan dimasak.
Kuih Beronok atau juga dikenali sebagai beronok sagu merupakan sejenis kuih tradisional Melayu. Ia dibuat daripada sagu biji atau juga dikenali sebagai sagu mata ikan. Kuih Beronok ini dimakan bersama dengan kelapa parut.
Kuih siput merupakan sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum dan tepung ubi dan margerin. Ia kemudian dicampur rempah dan dibentuk siput dengan menggunakan acuan sebelum digoreng dengan minyak masak menggunakan api serdahana perlahan sehinga ia kekuningan dan di angkat, sedia untuk dihidangkan. Kuih Siput merupakan sejenis kuih yang menjadi kebiasaan untuk dihidangkan pada perayaan seperti hari raya Aidil Fitri.


Otak-otak adalah isi ikan berempah di Malaysia. Ia terdapat di Terengganu, Pahang, Johor dan juga di Indonesia, terutamanya di Sulawesi, dan Singapura di mana ia dipanggil sebagai otah-otah, otah atau otak.
Pulut Panggang adalah sejenis masakan yang diperbuat daripada pulut berinti kelapa. Masakan ini biasanya dipanggang di atas api. Inti ikan diperbuat daripada bawang, dan lada kering dan kelapa. Campuran ini dimasak sehingga kering dan disumbat sebagai inti dalam pulut yang berbentuk batang. Batang pulut itu kemudiannya dibalut dengan daun pisangsebelum dipanggang sampai masak. Terdapat juga sejenis kuih yang seumpama dengannya, tetapi menggunakan inti ikan. Ini dikenali sebagi Pulut Lepa.
Pau merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung dengan inti di dalam. Ia terdapat dalam pelbagai perisa seperti pau kacang hitam pau kacang merah,pau daging,pau ayam,pau sambal ikan bilis dan pau kaya.Biasanya setitik pewarna diletakkan di atas pau bagi menandakan jenis inti yang terdapat di dalam pau tersebut. Di Malaysia, pau biasanya dihidangkan panas-panas.
Roti jala merupakan makananan kegemaran di Malaysia, dan juga di negara-negara ASEAN. Roti Jala adalah sejenis hidangan berbentuk jala. Roti jala dimakan bersama kuah. Bekas khas yang mempunyai beberapa lubang biasanya digunakan bagi menghasilkan roti jala yang dimasak di atas kuali leper.
Roti Jala sering kali menjadi pilihan pada perayaan istimewa dan dihidangkan dengan kari atau gulai ayam atau daging. Roti jala dinamakan sedemikian kerana bentuknya semasa dibuat seperti jala menangkap ikan.Terdapat dua jenis kuah, iaitu kuah manis (popular di negeri-negeri pantai timur), dan kuah gulai, terutama gulai ayam (popular di pantai barat.)


Roti Tempayan atau roti naan merupakan sejenis roti tanpa penaik (yis) yang dimasak dengan cara menampalkannya dalam tempayan. Roti yang berbentuk bulat dan nipis ini mempunya beberapa ramuan, ia termasuk tepung gandum, lelemak, dan rempah. Ia dimakan bersama kuah dal, atau kari dan kadang-kala dihidangkan bersama ayam tanduri.Roti jenis leper ini dimasak dengan menggunakan tempayan untuk membakar roti, dikalangan penduduk Asia Tengah dan Asia Selatan, tempayan pembakar ini dikenali sebagai tandoor.Roti yang telah siap dibakar akan disapu dengan mentega atau minyak sapi.
Roti tisu merupakan satu makanan kegemaran di Malaysia. Ia sering dimakan sebagai makanan malam. Sering kali dimakan bersama denganteh tarik, atau teh ais.Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau kari dengan sambal ikan bilis pedas.

Tepung pelita sejenis kuih lembut dalam bekas daun pisang. Popular di Malaysia, Indonesia, dan Singapura.Kuih tepung pelita terdiri daripada dua lapisan yang bewarna hijai di bawah dan lapisan santan putih di atas, yang dikenali sebagai kepala. ejenis kuih manis dan amat digemari di pantai timur.
Tepung bungkus merujuk kepada sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung dan mempunyai inti kelapa. Kuih ini dibungkus dengan daun pisang.
Di Malaysia, terdapat pelbagai acar yang sering dibuat makanan sampingan masyarakat Melayu seperti acar buah dan acar timun. Acar seperti ini sering dilakukan pada hari-hari keramaian atau di kenduri-kendara.


Char kway teow merupakan makanan yang popular di Malaysia dan Singapura. Ia diperbuat daripada kuey teow, leper dan kira-kira 1 cm lebar, digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dankucai Cina. Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat. 
Daeng Semur atau Ikan Tenggiri Masak Santan merupakan masakan tradisi masyarakat Bajau - Petagas. Ia menggunakan ikan Tenggiri, yang dimasak bersama kelapa parut yang telah digoreng kekuningan dan ditumbuk halus. Santan, bawang putih, bawang merah juga turut digunakan.
Gulai ayam merupakan sejenis masakan ayam, berkuah yang sering dihidangkan bersama nasi. Bagaimanapun, ia juga sesuai untuk dimakan bersama-sama pelbagai jenis roti, termasuk roti putih, roti mamak, roti tempayan, roti jala, roti nan, dan lain-lain.
Ikan Bakar merupkan sebuah hidangan ikan atau bentuk lain makanan laut dibakar menggunakan arang masakan Indonesia, Malaysia dan banyak dari negara-negara Asia Tenggara lain. Biasanya, dagingnya marinated (dengan rempah dan kadang-kadang sambal belacan) dan kemudian digril; kadang-kadang dengan daun pisang di antara makanan laut dan pinggan panas. Sesetengah bentuk makanan laut selain ikan termasuk sotong dan ikan pari.
Lemang merupakan sejenis masakan tradisi yang disukai ramai. Lemang dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti hari-hari raya. Di Malaysia, lemang telahpun direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864 lagi.Lemang sering dihidangkan bersama rendang atau serunding.Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak. Kaedah memasak menggunakan buluh merupakan kaedah kaum asli memasak di Malaysia.


Lontong ialah makanan istimewa Indonesia dan Malaysia yang diperbuat daripada beras yang dikukus selepas dibungkus dengan daun pisang.Lontong biasanya dihidangkan dengan sate, rojak atau gulai kambing. Walaupun makanan ini mirip dengan ketupat, lontong lebih sering ditemukan di banyak kedai makan di Indonesia dan Malaysia kerana cara pembuatannya adalah lebih mudah daripada cara membuat ketupat. Sebaliknya, ketupat lebih kerap ditemukan pada Hari Raya Aidilfitri.
Nasi ayam Hainan merupakan makanan Cina yang sering dikaitkan dengan makanan Malaysia atau Singapura, dan juga ditemui di negara berjiran Thailand, serta juga di wilayah Hainan, China. Nasi ayam Hainan yang dinamakan sedemikian kerana asal-usulnya dalam makanan Hainan dan pengamalannya oleh populasi orang Cina seberang laut bersuku Hainan dalam kawasan Nanyang, versi makanan ini yang didapati di Malaysia/Singapura menggabungkan unsur-unsur masakan Hainan dan Kantonis ditambah lagi dengan citarasa pemakanan di Asia Tenggara. Nasi ayam Hainan berasal dari China, maka asal-usulnya juga di sana.
Nasi himpit merupakan sejenis makanan tradisional dari beras yang sering dimakan bersama kuah kacang. Ia juga sering dimakan bersama hidangan sate.
Nasi Kunyit merupakan hidangan istimewa yang diperbuat daripada pulut yang di masak dan dihidangkan dengan gulai ayam atau daging.Nasi Kunyit merupakan satu hidangan istimewa dan pada masa dahulu ia merupakan satu hidangan yang perlu ada dalam penyedian acak.Selain itu ia juga merupakan hidangan istimewa dalam adat perkahwinan, dimana ia disediakan sebagai pemegang bunga telur yang diletakkan disebelah kiri dan kanan pelamin.


Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutama sebagai sarapan pada waktu pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng dan sambal. Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu).
Pasembur atau pasembor adalah salad India Malaysia yang terdiri daripada timun mayang, bawang, ubi kentang, tauhu, taugeh, udang kering, ketam goreng berempah, sotong goreng, dsb. dihidang bersama kuah kacang manis berempah. Kuahnya hampir sama seperti kuahgado-gado ataupun kuah sate. Istilah pasembur khusus di bahagian utara Semenanjung Malaysia. Ia biasanya dikaitkan dengan Pulau Pinang, di mana pasembur terbaik boleh didapati di sepanjang Jalan Gurney. Di bahagian lain Malaysia, istilah "Rojak Mamak" lebih biasa digunakan.Secara tradisi, penjaja rojak Tamil Muslim menjual di gerai dan motorsikal sebagai kaunter penyediaan dan menjual rojak mereka. Penjaja bergerak ini kini menggunakan lori kecil. Pasembor juga dijual di Singapura sebagai campuran ubi kentang, telur, tahu, dan udang kering dihidang dengan kuah kacang manis pedas.Pasembor biasanya dimakan di waktu petang. Boleh mengenyangkan dan boleh menjadi diet makanan sayuran jika tidak dicampur potongan makanan laut.
Pekasam ialah sejenis makanan peram tradisi yang terkenal dan tahan lama di Malaysia. Ia merupakan satu cara mengekalkan makanan (lazimnya ikan) dengan menggunakan garam(atau asam) yang banyak dan mampu untuk menghasilkan pekasam yang mampu bertahan lebih lama (antara 6 bulan - 1 tahun). Pekasam amat popular di negeri-negeri utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia.
Serunding merupakan sejenis masakan yang dibuat dengan rempah dan dimasak sehingga kering, dan kadangkala berminyak (terutama serunding daging) agar tahan lama. Ia dimasak dan dikacau tanpa henti hingga betul-betul kering kerana dengan cara itu saja ia akan tahan lama. Antara serunding yang biasa adalah Serunding Daging, Ayam, Ikan, Udang dan Ikan Bilis. Ia adalah hidangan yang lazim pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Masyarakat Melayu selalu membuat serunding terutama apabila banyak daging qurban (Hari Raya Haji). Serunding boleh dimakan dengan nasi himpit, ketupat nasi, ketupat daun palas, lemang dll.



Yong tau fu ialah sejenis hidangan sup Cina Hakka yang kerap didapati di Singapura dan Malaysia.Yusheng, yee sang atau yuu sahng ialah sejenis salad ikan mentah gaya Chaozhou. Yee sang biasanya terdiri daripada potongan daging ikan mentah (khususnya salmon), yang bercampur dengan cebisan sayur-sayuran dan beraneka sos dan perasa, dan ramuan-ramuan lain. secara harifah, "yusheng" diterjemah menjadi "ikan mentah", namun boleh dianggap melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...