Setelah beberapa minggu kami bertungkus lumus menyiapkan tugasan kumpulan ini,akhirnya kami dapat menyiapkan dalam masa yang telah ditetapkan.Terdapat banyak halangan dan dugaan sepanjang kami menyelesaikan tugasan ini bersama.
Kami telah memfokuskan tentang keistimewaan nagara kita agar pelancong tertarik untuk memilih Malaysia sebagai salah satu tempat percutian yang wajib dipilih.Uniknya, blog kami bukan sekadar memaparkan tentang tempat-tempat menarik yang harus mereka lawati tetapi juga menguar-uarkan tentang warisan negara kita yang mereka tidak ketahui.Sebagai contoh, mereka boleh mempelajari tarian-tarian tradisional negara kita yang kami yakin sukar untuk pelancong asing memperoleh dari negara-negara lain.Selain itu juga,mereka dapat menikmati makanan yang popular di negara kita.Info ini juga amat berguna untuk rakyat negara kita kerana terdapat segelintir daripada mereka yang tidak mengetahui kekayaan makanan dan budaya di negara sendiri.Begitu juga dengan pakaian tradisional, terdapat ramai anak-anak remaja masa kini tidak lagi mengenali kepelbagaian pakaian tradisional yang suatu masa dahulu nenek moyang mereka agung-agungkan.
Oleh yang demikian, kami berharap agar blog ini dapat memberikan serba sedikit info yang boleh menyedarkan individu bahawa betapa pentingnya semangat cinta akan budaya dan negara sendiri demi kesejahteraan negara kita.Diharapkan blog ini mampu menarik minat ramai yang ingin mengetahui budaya dan keistimewaan negara kita.
Akhir kata, kami membina blog ini adalah di atas dasar kami cintakan dan sayangkan keindahan yang semakin lama semakin kita lupakan.Siapa lagi yang akan menjaga warisan ini agar generasi akan datang turut dapat berbangga dengan kepelbagaian yang terdapat di negara kita kalau tidak kita yang menjaganya untuk diwariskan kepada mereka kelak.
No comments:
Post a Comment